Cari:
Wang Yi Ditemui Taro Kono
2017-09-23 15:15:11 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui rakan sejawatnya dari Jepun, Taro Kono semasa menghadiri Perhimpungan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 21 September lalu.

Wang Yi berkata, tahun ini ulang tahun ke-45 pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun. Kedua-dua negara harus merumuskan pengalaman dan pengajaran, memelihara asas politik dan menangani masalah sensitif dengan baik. Asalnya asas politik itu dapat diperkukuh dan saling menghargai sebagai rakan, bukan pesaing, hubungan kedua-dua pihak dapat berkembang ke arah sihat dan stabil.

Taro Kono menyatakan, Jepun bersedia berusaha bersama dengan China untuk mengatasi masalah yang wujud dalam hubungan dua hala, mengadakan lawatan peringkat tinggi dan membaiki hubungan China-Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China