Cari:
Latihan Tentera Bersama China-Rusia 2017
2017-09-23 14:07:42 CRI Cetak

Armada tentera laut China yang mengambil bahagian dalam latihan tentera bersama China-Rusia 2017 berlepas dari pelabuhan Vladivostok dan bersama-sama dengan kapal-kapal Rusia ke kawasan latihan untuk latihan fasa kedua. Ini menandakan bahawa fasa persiapan di pelabuhan sudah selesai dan latihan tentera ini memasuki fasa latihan di laut.

Menurut jadual, latihan fasa kedua dijalankan di kawasan perairan Laut Jepun dan selatan Laut Okhotsk. Latihan yang memfokuskan operasi bersama mencari dan menyelamat serta menjamin laluan pengangkutan ini antara latihan lanjutan bagi latihan fasa pertama yang dijalankan pada bulan Julai lalu.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama menjalankan latihan operasi mencari dan menyelamat selam dalam situasi kecemasan, latihan pertahanan udara, pertahanan antikapal selam, pertahanan antikapal, menyelamatkan kapal yang ditahan, dan menyelamatkan kapal dalam kecemasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China