Syarikat basikal mudah sewa yang terkenal dari China, Ofo mengumumkan baru-baru ini, syarikat itu akan menawarkan perkhidmatan di Rusia. Syarikat itu akan mengadakan aktiviti di Moskow untuk menyambut Hari Tanpa Kereta Dunia ke-19.
Ofo telah bekerjasama dengan Velobike, syarikat sewa basikal tempatan di Moskow. Basikal mudah sewa syarikat itu dijangka akan beroperasi di Moskow pada musim bunga tahun hadapan.