Cari:
Pesawat Pengebom AS Terbang di Timur DPRK
2017-09-24 16:04:03 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) semalam, beberapa pesawat pengebom AS ditemani jet pejuang terbang di ruang udara di perairan timur Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam, iaitu tempat paling utara bagi pesawat AS di zon bukan ketenteraan DPRK dengan Korea Selatan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Dana White dalam satu kenyataan berkata, pesawat pengebom B-1B AS berlepas dari pangkalan Guam dan tiba di ruangan udara perairan tersebut, manakala jet pejuang F-15C berlepas dari pangkalan Okinawa Jepun untuk melindungi pesawat pengebom itu.

Katanya, tentera AS telah memasuki tempat yang paling utara dalam zon bukan ketenteraan pada abad ke-21, dan ini menunjukkan perhatian besar AS terhadap tindakan DPRK yang kasar. Selain itu, penerbangan ini ingin menunjukkan presiden Trump mempunyai pelbagai opsyen ketenteraan untuk menangani ancaman DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China