Cari:
Operasi Ketenteraan Tukri di Iraq dan Syria Dilanjutkan Setahun
2017-09-24 14:19:33 CRI Cetak

Parlimen Turki meluluskan usul yang melanjutkan mandat operasi ketenteraan negara itu di Iraq dan Syria selama setahun.

Mandat operasi ketenteraan sebelum ini adalah dari 2 Oktober tahun lalu hingga 31 Oktober tahun ini.

Menurut penganalisis, ini antara tindakan balas pihak berkuasa Turki terhadap pungutan suara tentang kemerdekaan wilayah autonomi Kurd di Iraq. Ia bagi laluan kepada kerajaan Turki untuk terus melancarkan operasi ketenteraan rentas sempadan.

Wilayah autonomi Kurd di Iraq mengumumkan akan mengadakan pungutan suara pada 25 September, dan ini mengalami bantahan keras oleh kerajaan pusat Iraq, Turki dan Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China