Cari:
Patung Hamba Seks Tentera Penceroboh Jepun Dirasmikan
2017-09-24 14:27:46 CRI Cetak

Persekutuan Keadilan Hamba Seks (CWJC) Amerika Syarikat (AS) merasmikan beberapa patung hamba seks di Lapangan St. Mary di San Francisco Jumaat lalu. Tindakan ini untuk memperingati hamba seks dari pelbagai negara yang menjadi mangsa seksa pasukan tentera penceroboh Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Pengerusi CWJC yang juga bekas hakim mahkamah San Francisco, Guo Lilian berkata, "Jepun hendak merobohkan patung-patung tersebut, namun kami akan membina lebih banyak patung seumpama ini. Pemimpin Jepun menziarahi Yasukuni Jinja setiap tahun. Tetapi kami memperingati hamba seks tentera penceroboh Jepun."

Yong-Soo Lee, 89 tahun dari Korea Selatan pernah menjadi hamba seks. Beliau dan lebih 300 orang dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat tempatan menyertai upacara perasmian patung tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China