Cari:
Pungutan Suara Kemerdekaan Kurd
2017-09-25 15:15:42 CRI Cetak

Pungutan suara untuk menentukan kemerdekaan wilayah dikuasai Kurdish Iraq diadakan hari ini seperti yang dijadualkan, meskipun dibantah pelbagai pihak.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi wilayah tersebut, Masoud Barzani dalam sidang akhbar di Erbil, semalam.

Menurut beliau, pungutan suara itu bukan sekadar untuk menentukan garis sempadan. Pihaknya mahu mengadakan dialog dengan Baghdad untuk mencapai persefahaman dan menyelesaikan masalah-masalah yang masih wujud.

Pungutan suara akan diadakan di seluruh wilayah di bawah pentadbiran Kurdish dan beberapa kawasan yang masih dipertikaikan.

Tentera Kurdish meningkatkan kawalan keselamatan untuk menjamin kelancaran pungutan suara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China