Cari:
Trump Tidak Ingin Perang Nuklear dengan DPRK
2017-09-25 15:03:44 CRI Cetak

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin semalam berkata, Presiden Donald Trump akan sedaya upaya mengelakkan perang nuklear dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Mnuchin dalam temu bual bersama ABC berkata, semua kaedah AS bagi menghadapi isu Korea Utara kini telah "diletakkan di meja". Selain tindakan dari segi ekonomi dan ketenteraan, Trump akan mencari opsyen lain bagi mengelak berlakunya perang nuklear.

AS menunjukkan sikap keras terhadap DPRK baru-baru ini.

Ketika berucap dalam perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), 19 September lalu, Trump menyatakan bahawa negaranya akan menghancurkan DPRK jika terpaksa mempertahankan diri.

Dua hari selepas itu, AS mengumumkan sekatan baharu terhadap DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China