Penubuhan zon selamat di Syria perlu dijalankan berdasarkan prinsip menghormati sepenuhnya kedaulatan negara itu, di samping mengelakkan keadaan berpecah-belah di Syria.
Demikian dinyatakan utusan khas China bagi isu Syria, Xie Xiaoyan di Mesir semalam.
Dalam temu bual bersama media Mesir, beliau berkata bahawa isu Syria kini menunjukkan tanda-tanda ke arah penyelesaian secara politik.
Empat zon selamat yang telah ditubuhkan di negara itu membantu pelaksanaan gencatan senjata, manakala perang antikeganasan mencapai kemajuan.
Selain itu, sesetengah negara telah mengubah pendirian mereka dalam isu Syria. Hal ini membuka peluang baharu kepada penyelesaian isu tersebut secara politik.
Xie berkata, masyarakat antarabangsa mahu melihat proses penyelesaian politik dipercepat bagi menamatkan konflik di Syria.
Dalam pada itu, kebebasan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria mesti dihormati dan dilindungi.








