Persidangan tahunan Polis Antarabangsa (Interpol) selama empat hari, bermula di Beijing hari ini.
Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya pada majlis perasmian menyeru semua pihak bersama-sama merealisasikan wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang selamat, di samping memperkasakan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.
Xi menyatakan bahawa umat manusia kini berdepan banyak cabaran, termasuk keganasan, jenayah siber dan jenayah rentas sempadan. Kerjasama semua pihak adalah mustahak.
China akan meningkatkan sokongan terhadap operasi Interpol di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang, dan membantu Interpol membangunkan keupayaan.
China akan giat menyertai tadbir urus keselamatan global untuk memberi sumbangan lebih besar demi kedamaian dan pembangunan umat manusia.








