Cari:
74 Pihak Jalin Kerjasama B&R dengan China
2017-09-26 14:54:18 CRI Cetak

Setakat ini, 74 negara dan pertubuhan antarabangsa telah menjalinkan kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan China. Hal ini mencerminkan inisiatif tersebut mendapat sokongan lebih luas di pentas dunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam, berhubung pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai B&R antara China dengan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB.

Lu menyatakan bahawa komitmen China membangunkan B&R berdasarkan prinsip "berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi" yang menyebabkan begitu banyak pihak tertarik untuk ikut serta.

Dalam pada itu, China komited menggalakkan pembentukan sistem peraturan pelaburan, ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang adil, munasabah dan telus.

Kerjasama B&R diyakini akan menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi serantau bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China