Fengyun-4A, satelit cuaca orbit geopegun generasi kedua China, mula beroperasi semalam.
Satelit yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) sebagai satelit pemantau bumi itu dilancarkan pada 11 Disember tahun lalu, dan diletakkan di lokasi pemantauan pada 25 Mei tahun ini.
Fengyun-4A akan memberi sokongan kepada sistem pencegahan bencana dan pembangunan sosioekonomi Asia Pasifik.