Cari:
Abe Umum Pilihan Raya Lebih Awal
2017-09-26 14:06:01 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan Dewan Perwakilan dibubarkan dan pilihan raya diadakan lebih awal, pada 28 September ini.

Abe berkata, kini Jepun menghadapi banyak kesukaran dalam dan luar negeri termasuk kadar kelahiran rendah dan populasi warga emas bertambah serta ketegangan di Semenanjung Korea. Tindakan mengawalkan pilihan raya diharap dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Abe melihat pilihan raya berjaya jika parti pimpinannya memperoleh lebih separuh kerusi di Dewan Perwakilan.

Presiden Parti Demokratik, parti pembangkang terbesar Jepun, Seiji Maehara berkata Abe berbuat sedemikian kerana takut skandal melibatkannya, termasuk skandal Moritomo Gakuen, dibangkitkan pembangkang di parlimen sementara.

Abe didakwa memberi keutamaan dan kemudahan kepada Yasunori Kagoike, ketua Moritomo Gakuen untuk membuka sekolah rendah baharu.

Pengundian Dewan Perwakilan Jepun pada asalnya dijadualkan pada 22 Oktober nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China