Cari:
AS Nafi Isytihar Perang terhadap DPRK
2017-09-26 14:06:49 CRI Cetak

Rumah Putih AS semalam menafikan mengisytiharkan perang terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders dalam sidang media semalam berkata, dakwaan bahawa Washington bersedia berperang dengan DPRK adalah tidak masuk akal. Matlamat AS dalam isu nuklear Semenanjung Korea, iaitu mewujudkan semenanjung yang bebas senjata nuklear secara damai, tidak berubah. Sekatan yang dikenakan terhadap Pyongyang dari segi ekonomi dan diplomasi adalah demi matlamat tersebut.

Sebelum ini, Menteri Luar DRPK, Lee Young Ho berkata dunia perlu ingat bahawa AS yang terlebih dahulu mengisytiharkan perang terhadap DPRK. DPRK berhak mengambil tindakan balas termasuk menembak jatuh pesawat pengebom AS walaupun di luar ruang udara DPRK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China