Cari:
Interpol Sasarkan Dunia Lebih Selamat
2017-09-27 13:28:45 CRI Cetak

Persidangan tahunan Polis Antarabangsa (Interpol) ke-86 selama empat hari, dirasmikan di Beijing semalam.

Wakil dari 158 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa membincangkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang.

Presiden Interpol, Meng Hongwei yang berucap merasmikan persidangan itu menyatakan bahawa masalah yang wujud dalam sistem tadbir urus global serta kemajuan teknologi telah mengubah bentuk jenayah hingga menyebabkan dunia berdepan cabaran serius.

Tindakan bersama diperlukan untuk menangani jenayah yang kini bersifat antarabangsa.

Untuk itu, Interpol perlu bergabung tenaga dengan semua pihak bagi membina platform kerjasama yang menyelaraskan strategi dan respons bersama serta meningkatkan kemampuan dalam menjalankan operasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China