Cari:
Ucaptama Xi dalam Persidangan Interpol Disahut Positif
2017-09-27 13:31:12 CRI Cetak

Ucaptama Presiden China, Xi Jinping dalam persidangan tahunan Polis Antarabangsa (Interopol) ke-86 di Beijing semalam, mendapat sahutan positif pakar dan sarjana ASEAN.

Xi dalam ucaptamanya itu menegaskan kesediaan China bekerjasama dengan semua pihak bagi membangunkan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang selamat.

Profesor Madya Wang Jiangyu dari Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) mentafsir ungkapan "sama rata" yang disebut Presiden Xi bermaksud semua pihak, khususnya negara membangun, berhak menyertai kerjasama penguatkuasaan undang-undang antarabangsa berdasarkan prinsip sama kedudukan dan berbincang bersama.

Komitmen China membantu negara membangun lain meningkatkan keupayaan menguatkuasakan undang-undang dalam tempoh lima tahun akan datang, meninggalkan impresi mendalam kepada Dr. Oh Ei Sun, penasihat utama Pusat Kajian Pasifik Malaysia.

Menurut beliau, perkongsian maklumat risikan dan latihan polis merupakan tugas penting Interpol. China berjanji membantu negara-negara membangun lain melatih penguatkuasa undang-undang serta menaiktarafkan sistem komunikasi dan makmal siasatan jenayah, bagi menggalakkan pembangunan seimbang kemampuan polis seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China