Cari:
Perang Mulut Tidak Bantu Isu Semenanjung Korea
2017-09-27 10:18:51 CRI Cetak

Sekatan hanya satu kaedah bagi menggesa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mendengar suara masyarakat antarabangsa dan kembali ke meja dialog secepat mungkin.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Kata beliau, AS dan DPRK perlu menyedari bahawa perang mulut tidak membantu menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea, dan perang merugikan semua pihak.

Pada 25 September lalu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata mengenal pasti prinsip menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea secara damai, di samping memberi tekanan dalam bentuk sekatan kepada DPRK, antara hasil paling penting perdebatan umum Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China