Cari:
Rusia Musnahkan Semua Senjata Kimia
2017-09-28 14:24:52 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam mengeluarkan arahan supaya stok terakhir senjata kimia dimusnahkan.

Putin menyatakan bahawa stok senjata kimia yang disimpan Rusia sejak zaman Kesatuan Soviet, cukup untuk menghapuskan semua hidupan di bumi.

Tindakan Rusia ini, yang diwajibkan Konvensyen Larangan Senjata Kimia, signifikan bagi mewujudkan dunia yang lebih selamat dan seimbang.

Ketua Pengarah Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Umzucu dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa pemusnahan simpanan senjata kimia oleh Rusia satu peristiwa penting bagi mencapai sasaran yang dihasratkan.

Setakat ini, 96% simpanan senjata kimia seluruh dunia yang diisytiharkan telah dimusnahkan.

Pada April lalu, Umzucu menyatakan AS berjanji akan selesai memusnahkan semua stok senjata kimianya dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China