Cari:
China Gergasi Jualan Runcit dalam Talian
2017-09-29 13:06:27 CRI Cetak

China muncul sebagai gergasi jualan runcit dalam talian seiring dengan perkembangan e-dagang beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, China kekal sebagai pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar dunia dalam perdagangan barangan untuk lapan tahun berturut-turut, yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi sejagat.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam sidang akhbar semalam memaklumkan, jualan runcit di China melebihi RMB33 trilion (RM21 trilion) pada tahun 2016.

Nisbah penggunaan kepada KDNK meningkat sebanyak 12.8%, menjadikannya penjana utama pertumbuhan ekonomi China selama tiga tahun berturut-turut.

Pada masa yang sama, industri e-dagang berkembang pesat. Skala industri itu mencatat RMB26 trilion (RM16.5 trilion) pada tahun lalu, manakala jualan runcit dalam talian meningkat kepada RMB5.2 trilion (RM3.3 trilion).

China kini antara pasaran terbesar global, dengan import menduduki kira-kira satu persepuluh di dunia, selepas memperkenalkan dasar perdagangan yang lebih seimbang.

China akan terus membaiki struktur perdagangan dan menangani pertikaian perdagangan dengan baik, agar dapat mencapai status gergasi perdagangan seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China