Cari:
Pusingan Pertama Dialog Sosiobudaya China-AS
2017-09-29 13:20:55 CRI Cetak

Pusingan pertama dialog sosiobudaya China-AS diadakan di Washington semalam, dipengerusikan Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson.

Liu menyatakan bahawa pertukaran sosiobudaya yang semakin rancak signifikan bagi perkembangan hubungan bilateral yang sihat dan stabil.

Kedua-dua pihak perlu memperkukuh asas hubungan dengan visi yang menjangkau 50 tahun, menghormati jalan pembangunan, sistem sosial, kedaulatan serta kepentingan keselamatan dan pembangunan masing-masing.

Suasana kondusif perlu disediakan untuk menggalakkan rakyat terlibat dalam pertukaran sosiobudaya.

Tillerson pula menyatakan bahawa AS mengutamakan pertukaran sosiobudaya dengan China, yang merupakan komponen penting dalam hubungan bilateral.

Hasil sesi dialog semalam, satu pelan tindakan mengenai pertukaran sosiobudaya telah diluluskan, yang menyasarkan lebih 130 projek kerjasama dipergiat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China