Wilayah autonomi Kurd di Iraq mengadakan pungutan suara untuk menentukan kemerdekaannya pada 25 September lalu, tanpa menghiraukan bantahan pelbagai pihak.
Kerajaan Iraq serta beberapa negara jiran termasuk Turki dan Iran telah memberi respons negatif.
Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata, wilayah autonomi Kurd mesti mengabaikan keputusan pungutan suara itu sekiranya ingin terus berdialog dengan Baghdad.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), AS, Rusia dan beberapa pertubuhan antarabangsa lain juga sebulat suara menentang kemerdekaan wilayah dikuasai Kurdish itu.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam kenyataan menerusi jurucakapnya berkata, pihaknya menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah dan perpaduan Iraq.
Masalah tertunggak yang masih wujud antara kerajaan Iraq dengan kerajaan wilayah Kurd perlu diselesaikan melalui dialog dan tolak ansur bersifat membina.