Upacara menyampaikan penghormatan dan meletak bunga kepada pahlawan rakyat sempena Hari Peringatan Pahlawan Terkorban diadakan di Lapangan Tian'anmen Beijing pagi tadi.
Pemimpin Parti Komunis China dan negara, termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli menyertai aktiviti berkenaan.
Pegawai-pegawai dari Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, kerajaan, tentera dan golongan rakyat serta pegawai kerajaan Beijing, wakil pelbagai parti, persatuan dan tokoh-tokoh tidak berparti, penerima "Anugerah 1 Ogos", wakil etnik minoriti, pelajar kursus ke-12 Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Parti Komunis China dari Sekolah Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China serta para wakil pelbagai lapisan masyarakat Beijing juga menghadiri upacara tersebut.