Cari:
Persidangan Tahunan Interpol Berakhir
2017-09-30 15:23:36 CRI Cetak

Persidangan tahunan Polis Antarabangsa (Interpol) ke-86 berakhir di Beijing semalam.

Persidangan kali ini telah meluluskan kertas pendirian mengenai keselamatan global dan kriteria kelayakan anggota Interpol, meminda peraturan Interpol yang mengehadkan tempoh perkhidmatan Setiausaha Agungnya, serta memilih jawatankuasa eksekutif baharu.

Interpol juga menerima Palestin dan Kepulauan Solomon sebagai anggota baharu.

Turut diluluskan, laporan kebolehlaksanaan penubuhan Pusat Penyelidikan Strategik Interpol serta resolusi untuk menubuhkan tabung bantuan keluarga anggota polis yang terkorban.

Dalam persidangan selama empat hari itu, ucaptama yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping menjadi tumpuan para peserta.

Mereka bersependapat bahawa ucapan Presiden Xi itu telah menunjukkan hala tuju dalam usaha membaiki tadbir urus keselamatan global dan memelihara kestabilan dunia, serta penting bagi terus meningkatkan pengaruh dan kepimpinan Interpol.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China