Cari:
AS Perlu Tunai Janji dalam Isu Semenanjung Korea
2017-09-30 15:25:04 CRI Cetak

China memuji komitmen yang dibuat AS untuk menyelesaikan isu Semenanjung Korea secara damai, di samping menggesa Washington merealisasikan komitmennya dalam bentuk tindakan.

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) diharap bertindak sehaluan dalam usaha tersebut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam, ketika mengulas kenyataan Pemangku Penolong Setiausaha Negara AS, Susan Thornton dalam sesi pendengaran di Kongres, kelmarin.

Thornton menyatakan bahawa tekanan terhadap DPRK adalah untuk membawa negara itu kembali ke meja rundingan.

Strategi AS terhadap DPRK adalah jelas, iaitu tidak mengejar perubahan atau penggulingan pemerintahan DPRK, tidak mengejar proses penyatuan semula Korea dipercepat, tidak mencari alasan untuk menempatkan pasukan di sebelah utara garisan sempadan ketenteraan yang ditetapkan dalam Perjanjian Gencatan Senjata, dan tidak mahu rakyat DPRK terus menderita kesengsaraan.

Lu menyatakan bahawa China menghargai usaha pihak terbabit mengeluarkan isyarat positif untuk menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea melalui dialog.

China berharap semua pihak terlibat menunjukkan keikhlasan bagi membuka laluan untuk dialog damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China