Cari:
PM China Temu Diplomat Asing
2017-10-01 13:36:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan 40 diplomat asing di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam, sempena sambutan Hari Kebangsaan China ke-68.

Li berkata, China menghargai hubungan kerjasama dan persahabatan dengan pelbagai negara. China komited mengekalkan jalan pembangunan secara damai, mempertahankan prinsip mutilateral serta perdagangan dan pelaburan yang bebas. China akan berusaha bersama-sama dengan negara-negara lain untuk menangani cabaran serta menggalakkan kedamaian berkekalan, kemakmuran bersama dan pembangunan lestari.

Kata beliau, China telah mencapai hasil yang amat ketara dalam pembangunan sosioekonomi sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 40 tahun lalu. Hal ini bukan sahaja memberi kesejahteraan kepada rakyat China sendiri, malah menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau dan dunia.

China bersedia menyelaraskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi pembangunan negara-negara lain demi mencipta dan berkongsi peluang pembangunan baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China