Cari:
Presiden Xi Bertemu Setiausaha Negara AS
2017-10-01 13:56:51 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson di Beijing semalam, bagi membincangkan lawatan Presiden Donald Trump ke China pada November nanti.

Xi berkata, China amat mengutamakan lawatan rasmi Presiden Trump tersebut. Pasukan kerja China dan AS perlu bekerjasama rapat untuk menjayakan lawatan itu. Beliau menegaskan bahawa kepentingan bersama kedua-dua negara jauh mengatasi perbezaan, dan kerjasama satu-satunya pilihan yang tepat. China dan AS perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu penting antarabangsa dan serantau, menyelesaikan perselisihan dan isu-isu sensitif melalui dialog berdasarkan prinsip menghormati kepentingan teras satu sama lain, demi perkembangan hubungan kerjasama.

Kedua-dua pihak juga perlu terus mempergiat pertukaran sosiobudaya untuk mengukuhkan ikatan persahabatan di kalangan rakyat.

Tillerson pula menyatakan bahawa Presiden Trump menanti-nantikan lawatan ke China nanti. Hubungan AS-China akan terus berkembang di bawah pimpinan kedua-dua pemimpin.

AS mengutamakan hubungan dengan China, bersedia bergabung tenaga dengan China untuk meningkatkan kesalingpercayaan dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, serta bersama-sama menghadapi cabaran antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China