Cari:
AS, Korea Selatan Adakan Latihan Pertahanan Udara Jarak Dekat
2017-10-01 14:59:11 CRI Cetak

Menurut maklumat Perintah Pasifik Amerika Syarikat (PACOM), AS dan Korea Selatan buat kali pertama mengadakan latihan pertahanan udara bersama menggunakan senjata jarak dekat baru-baru ini.

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa pertahanan udara jarak dekat bermaksud operasi pertahanan yang menggunakan peluru berpandu jarak dekat sebagai senjata utama untuk menembak jatuh jet, pesawat pengangkutan dan helikopter yang menceroboh ruang udara Korea Selatan.

Dalam latihan tersebut, tentera kedua-dua negara berkongsi maklumat risikan melalui rangkaian telekomunikasi yang disambungkan.

Latihan berkenaan dikatakan membolehkan mereka lebih mengetahui sistem dan senjata satu sama lain, dan membantu mengeratkan kerjasama antara tentera kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China