Cari:
113 Juta Melancong Sempena Hari Kebangsaan
2017-10-02 15:19:45 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pelancongan Negara China, bilangan pelancong dalam negeri mencecah 113 juta pada 1 Oktober lalu, iaitu hari pertama tempoh percutian sempena Hari Kebangsaan China.

Angka ini naik 10% berbanding tahun lalu, manakala pendapatan industri pelancongan turut meningkat lebih 12% kepada RMB96.5 bilion (RM60.7 bilion).

Pada hari yang sama, terdapat 4,576 rombongan pelancong China berada di luar negara yang melibatkan 113 ribu orang. Rusia, Australia dan Amerika Syarikat merupakan antara destinasi pilihan utama mereka.

Di samping itu, kebanyakan pelancong bersendirian pula menjadikan Asia dan Asia Tenggara destinasi percutian mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China