Cari:
IS Mengaku Dalang Serangan di Marseille
2017-10-02 13:21:42 CRI Cetak

Kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) mengaku melancarkan serangan di Marseille, selatan Perancis semalam.

Menurut laporan media tempatan Perancis, IS dalam kenyataannya berkata serangan itu bagi membalas Perancis yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap IS di Syria dan Iraq yang diketuai oleh AS.

Pada petang semalam, seorang lelaki melancarkan serangan terhadap orang awam di stesen kereta api Saint-Charles hingga mengakibatkan dua wanita maut ditikam. Penyerang itu ditembak mati oleh anggota tentera yang sedang bertugas di sana.

Menurut laporan media, penyerang itu mempunyai rekod jenayah seperti mencuri dan mengedarkan dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China