Cari:
3 Maut dalam Insiden Tembakan di AS
2017-10-02 13:30:34 CRI Cetak

Tiga orang maut dan dua lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di Lawrence, Kansas, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menurut kenyataan polis bandar Lawrence, anggota polis yang sedang meronda di pusat bandar itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1.39 awal pagi semalam.

Polis segera menjalankan siasatan dengan bantuan penduduk tempatan, namun penembak berkenaan masih tidak dapat dikesan buat masa ini.

Tiga yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 20 hingga 24 tahun. Dua mangsa cedera itu sedang menjalani rawatan di hospital.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China