Cari:
Sudan Harap AS Batalkan Sekatan
2017-10-02 13:49:24 CRI Cetak

Kerajaan Sudan melahirkan harapan agar Amerika Syarikat (AS) membatalkan sekatan ekonomi terhadapnya bermula 12 Oktober ini.

Menteri Negara atas Hal Ehwal Luar Sudan, Attal-Mannan Bakheet menyatakan bahawa dialog kerajaan antara Sudan dengan AS telah memasuki fasa akhir. Pihaknya berharap hal ini dapat menggalakkan AS membatalkan sekatan ekonomi terhadap Sudan.

Pada 13 Januari lalu, bekas Presiden AS, Barack Obama mengeluarkan perintah untuk membatalkan sebahagian sekatan berkenaan termasuk embargo perdagangan bermula 12 Julai dengan syarat kerajaan Sudan mencapai kemajuan dalam kempen antikeganasan, menamatkan persengketaan di Darfur dan memperbaiki situasi kemanusiaan di seluruh negara.

Pada 11 Julai, Jabatan Negara AS mengumumkan bahawa walaupun kerajaan Sudan sudah mencapai kemajuan signifikan dalam beberapa tugas tersebut, namun pihaknya akan menangguhkan keputusan sama ada membatalkan sekatan atau tidak untuk tempoh tiga bulan lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China