Cari:
Arca Konfusius di Brazil
2017-10-02 15:23:37 CRI Cetak

Sebagai saksi persahabatan antara China dengan Brazil, sebuah arca Konfusius diletakkan di Lapangan China di bandar Curitiba, selatan Brazil sempena perasmian lapangan itu, kelmarin.

Hampir seratus orang termasuk Duta Besar China ke Brazil, Li Jinzhang dan Menteri Kebudayaan Brazil, Sergio Sa Leitao menghadiri acara perasmian itu.

Datuk Bandar Curitiba, Rafael Greca yang berminat tentang budaya China, memuji ajaran Konfusius yang banyak membawa kebaikan. Menurut Greca, ajaran Konfusius memberikan pengaruh yang besar terhadap falsafah pentadbirannya.

Duta China, Li Jinzhang pula berkata, perasmian lapangan itu menunjukkan rasa cinta rakyat Brazil terhadap budaya China serta aspirasi mereka untuk melihat budaya majmuk yang terbuka dan bertoleransi di Brazil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China