Cari:
China Tingkatkan Jaminan Keselamatan Pelancong Sempena Percutian Hari Kebangsaan
2017-10-03 14:16:52 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pelancongan Negara China, bilangan pelancong dalam negeri dijangka mencecah 710 juta dalam tempoh percutian sempena Hari Kebangsaan China. Pihak berkuasa di seluruh negara telah mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan para pelancong dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, jabatan kereta api juga telah meningkatkan kapasiti pengangkutan untuk memenuhi permintaan perjalanan pelancong.

Difahamkan, bilangan pelancong yang menaiki kereta api pada 2 Oktober lalu mencecah 12 juta, dengan sebanyak 590 kereta api tambahan disediakan.

Sehari sebelumnya, lebih 15 juta pelancong menaiki kereta api, iaitu 608 ribu atau 4.4% lebih banyak berbanding hari sama tahun lalu. Angka ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China