Cari:
59 Maut Insiden Tembakan di Las Vegas
2017-10-03 12:22:23 CRI Cetak

 

Sebanyak 59 orang maut manakala 527 lagi cedera dalam serangan tembakan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) semalam. Ini insiden tembakan yang paling buruk dalam sejarah negara itu.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan serangan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Menurut polis tempatan, penyerang terbabit melepaskan tembakan rambang ke arah penonton dari tingkat 32 bangunan Mandalay Bay Hotel apabila sebuah konsert terbuka diadakan. Penyerang itu kemudian didapati telah membunuh diri apabila polis menyerbu masuk ke biliknya.

Presiden AS, Donald Trump mengutuk keras serangan itu di samping menyeru rakyat bersatu padu dalam mengharungi saat getir ini.

Selain itu, Trump mahu semua bangunan persekutuan dinaikkan bendera kebangsaan separuh tiang untuk memperingati mangsa serangan kali ini.

Selepas insiden itu berlaku, Presiden China, Xi Jinping mengirim perutusan kepada Presiden Trump, menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat AS dan menyampaikan takziah kepada mangsa korban.

Selain itu, pemimpin dari pelbagai negara termasuk Perancis, Britain, Mexico dan Jepun juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Las Vegas itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China