Cari:
Itali akan Usir Duta Besar DPRK
2017-10-03 13:47:00 CRI Cetak

Menteri Luar Itali, Angelino Alfano menyatakan bahawa pihaknya akan mengusir Duta Besar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) susulan ancaman peluru berpandu DPRK yang semakin serius, lapor media tempatan.

Menurut Alfano, program peluru berpandu DPRK merupakan ancaman terhadap seluruh dunia. Tindakan mengusir Duta Besar DPRK diharap dapat memberikan tekanan kepada pemimpin negara itu.

Alfano turut berkata, Itali tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan DPRK bagi mengekalkan saluran komunikasi. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tarikh Duta Besar DPRK diminta meninggalkan Itali.

Kebelakangan ini, DPRK kerap kali melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik dan nuklear hingga memburukkan situasi di Semenanjung Korea malah menjejaskan keamanan serantau.

Pada 11 September lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi 2375 yang mengenakan sekatan terhadap DPRK, selain menggesa negara-negara berkenaan menyelesaikan isu Semenanjung Korea melalui saluran diplomatik dan politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China