Cari:
Pusat Respons Ancaman Baharu EU-NATO Beroperasi
2017-10-03 14:37:22 CRI Cetak

Pusat respons ancaman baharu yang dibina bersama oleh Kesatuan Eropah (EU) dan NATO mula beroperasi secara rasmi di Helsinki, Finland, Isnin lalu.

Presiden Finland, Sauli Vainamo Niinisto semasa berucap pada majlis perasmian pusat itu menyatakan bahawa dalam menangani ancaman baharu, matlamat dan modus operandi pihak lawan perlu diteliti secara strategik manakala kelemahan sendiri dicermin. Kesiagaan adalah penting, begitu juga fleksibiliti.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg dan Pesuruhjaya EU bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Federica Mogherini turut menghadiri majlis perasmian itu.

Ancaman baharu merujuk kepada ancaman bukan konvensional yang membawa kemusnahan lebih kecil berbanding peperangan biasa, seperti menyebarkan maklumat palsu dan mengganggu ketenteraman masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China