Cari:
PBB Anugerah Medal Kehormatan kepada Pasukan China
2017-10-03 15:43:51 CRI Cetak

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Sudan Selatan (UNMISS) semalam menganugerahkan Medal Kehormatan Keamanan kepada batalion ketiga infantri pengaman China atas sumbangan mereka memperjuangkan keamanan di Sudan Selatan sepanjang tahun lalu.

Timbalan Wakil Khas UNMISS, Schumacher yang menghadiri majlis penyampaian anugerah itu menyatakan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan China terhadap misi keamanan PBB serta memuji semangat dan sumbangan askar China di Sudan Selatan.

Selepas majlis itu, Duta Besar China ke Sudan Selatan, He Xiangdong bersama-sama dengan Schumacher mengunjungi pameran bertema Pesona China dan pameran gambar pasukan pengaman China.

Batalion ketiga infantri pengaman China ditempatkan di Juba, ibu kota Sudan Selatan untuk melindungi rakyat jelata dan menjalankan rondaan sejak Disember tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China