Menurut Jabatan Statistik Negara (NBS) China, skala industri kebudayaan dan industri yang berkaitan dengannya meningkat 13% pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, atau kira-kira RMB3.1 trilion (RM1.9 trilion). Angka ini menempati 4% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini.
Pegawai NBS menyatakan, pertumbuhan industri kebudayaan dan industri-industri berkaitan kekal stabil dan pesat, dan memainkan peranan penting dalam transformasi dan penaiktarafan ekonomi secara sihat dan mampan.