Cari:
Ekonomi Perkongsian Popular Pada Percutian Hari Kebangsaan China
2017-10-04 14:57:39 CRI Cetak

Penggunaan basikal mudah sewa dijangka meningkat 25% secara purata sepanjang tempoh percutian sempena Hari Kebangsaan China dan Pesta Kuih Bulan.

Menurut syarikat penyedia basikal mudah sewa Mobike, rekod perjalanan basikal menunjukkan jarak perjalanan meningkat kepada tiga kilometer daripada kira-kira satu kilometer bagi setiap pengguna.

Selain itu, konsep berkongsi penginapan kian popular di kalangan pengguna China. Menurut syarikat pengelola penginapan mudah sewa Airbnb, jumlah tempahan oleh pelancong China meningkat 44% pada percutian Hari Kebangsaan.

Skala pasaran ekonomi perkongsian global dianggarkan mencecah USD520 bilion (RM2.19 trilion) tahun depan, menurut firma penasihat Roland Berger. Antaranya, skala pasaran China akan mencecah USD230 bilion (RM971 bilion) dan menduduki 44% syer pasaran global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China