Cari:
Raja Sepanyol Tolak Referendum Catalonia
2017-10-04 14:22:12 CRI Cetak

Raja Sepanyol, Felipe VI dalam ucapan menerusi televisyen semalam menyatakan bahawa referendum kemerdekaan di wilayah autonomi Catalonia melanggar perlembagaan dan piagam autonominya, hingga menjejaskan kestabilan dan persepaduan negara.

Ini merupakan kali pertama Raja Felipe VI menyampaikan ucapan menerusi televisyen selain perutusan sempena Hari Natal setiap tahun setelah pertabalan pada 2014.

Raja Felipe VI menyatakan bahawa Sepanyol sedang melalui masa paling genting dalam sejarah. Tindakan pihak berkuasa wilayah Catalonia yang sengaja melanggar perlembagaan menunjukkan sikap tidak taat setia kepada kedaulatan negara, selain mencemari prinsip demokrasi di negara yang berundang-undang, mengakibatkan masyarakat berpecah-belah.

Pada 6 September lalu, parlimen wilayah Catalonia meluluskan usul untuk mengadakan referendum pada 1 Oktober. Kerajaan pusat Sepanyol telah mengambil pelbagai tindakan untuk menghalang referendum tersebut, bertepatan dengan keputusan Mahkamah Perlembagaan mengharamkan referendum itu diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China