Cari:
Pembangunan Mapan Berorentasikan Manusia dan Bumi
2017-10-04 14:46:38 CRI Cetak

Pembangunan mapan perlu berorentasikan manusia dan bumi, manakala usaha menggalakkan pembangunan inklusif dan jaminan sosial mesti diberi keutamaan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, Liu Zhenmin dalam majlis perasmian Jawatankuasa Sosial, Kemanusiaan dan Budaya, Perhimpunan Agung PBB ke-72, Selasa lalu.

Menurut Liu, pembangunan mapan memerlukan iklim yang baik. Semua negara, baik negara maju mahupun membangun, negara besar mahupun kecil, berdepan dengan cabaran rumit dalam membangunkan ekonomi masing-masing. Tugas paling mustahak pada masa ini ialah memberi bantuan kepada negara yang paling memerlukan.

Statistik terkini menunjukkan masih terdapat 766 juta orang hidup dalam kemiskinan di seluruh dunia. Sekiranya keadaan semasa tidak diubah, 35% populasi dunia khususnya di negara paling mundur, negara terhimpit hutang tinggi, dan negara berkonflik akan berada dalam keadaan sangat miskin menjelang tahun 2030.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China