Cari:
Sidang Kerajaan Perdamaian Palestin Diadakan di Gaza
2017-10-04 15:28:24 CRI Cetak

Mesyuarat rutin kerajaan perdamaian Palestin diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Gaza pagi semalam. Ini merupakan kali pertama mesyuarat kerajaan Palestin diadakan di Gaza sejak tiga tahun lalu.

Perdana Menteri kerajaan perdamaian Palestin, Rami Hamdallah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Hamdallah dalam ucapan sebelum mesyuarat bermula berkata kerajaan Palestin bersedia bermuafakat dengan semua parti dan puak di negara itu, bagi menjamin perpaduan bangsa, mengelakkan konflik politik dan menyelesaikan isu-isu tertunggak berkaitan pentadbiran.

Kata beliau, perdamaian di seluruh wilayah Palestin akan membolehkan negara-negara lain memenuhi komitmen mereka untuk membantu membangunkan semula di Gaza.

Hamdallah yang menghargai bantuan Mesir hingga kini, turut menyeru masyarakat antarabangsa agar menggesa Israel menamatkan kepungan terhadap Gaza dan mengembalikan tanah Palestin yang diduduki kepada rakyatnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China