Cari:
Nawaz Sharif Dilantik Ketua Liga Muslim Pakistan
2017-10-04 15:39:23 CRI Cetak

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dilantik sebagai ketua parti pemerintah, Liga Muslim Pakistan bagi puak Nawaz atau PML(N), semalam.

PML(N) semalam menyerahkan dokumen pelantikan Nawaz kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan, yang akan mengumumkan pelantikan beliau secara rasmi.

Pada Julai lalu, Nawaz hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri susulan keputusan Mahkamah Agung Pakistan berhubung dakwaan salah laku.

Menurut undang-undang negara itu, ahli politik yang pernah dilucutkan jawatan tidak lagi dibenarkan memegang jawatan dalam parti. Namun, undang-undang ini telah dipinda oleh PML(N) yang menduduki majoriti kerusi di parlimen, membolehkan Nawaz dilantik sebagai ketua PML(N).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China