Ketua konsul China ke Calcutta, India, Ma Zhanwu menyaksikan perarakan kereta berhias sempena sambutan Pesta Durga Puja atas undangan kerajaan negeri Bengal Barat pada 3 Oktober lalu. Pesta yang bermula pada awal Oktober setiap tahun merupakan pesta yang penting di India.
Ketua Menteri Negeri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, perarakan kereta berhias sempena pesta ini merupakan aktiviti yang disertai rombongan dari seluruh negara. Beliau mengalu-alukan negara-negara lain termasuk China menyertai perayaan tersebut.