Cari:
Pusingan Pertama Dialog Keselamatan Siber China-AS
2017-10-05 15:24:55 CRI Cetak

Pusingan pertama Dialog Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan Siber China-Amerika Syarikat (AS) diadakan di Washington semalam.

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun, Peguam Negara AS, Jeff Sessions, dan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Elaine Duke bersama-sama mempengerusikan sesi dialog tersebut.

Kedua-dua pihak menyingkap kembali hasil kerjasama dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan siber, di samping mencapai konsensus dalam isu antikeganasan, antidadah, pembanterasan jenayah siber dan penghantaran pulang imigran haram.

Dialog ini merupakan satu antara empat mekanisme dialog peringkat tinggi antara China dengan AS.

Guo Shengkun menegaskan, kedua-dua pihak harus melihat dialog ini sebagai peluang untuk memperkasakan kerjasama, mengatasi perselisihan pendapat, dan menjadikan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan siber komponen penting dalam hubungan China-AS.

Pihak AS pula menyatakan, China dan AS, dua kuasa gergasi dunia, perlu mengukuhkan kerjasama dalam bidang berkenaan memandangkan kedua-dua negara ini berdepan ancaman keselamatan serupa dan berkongsi banyak kepentingan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China