Cari:
Armada China Lawat Britain
2017-10-05 13:37:05 CRI Cetak

Armada tentera laut China tiba di London, ibu negara Britain, untuk memulakan lawatan persahabatan selama lima hari ke negara itu.

Ketibaan armada China disambut dengan satu majlis meriah di pelabuhan India Barat, timur London pagi Selasa.

Komander armada China, Wang Zhongcai menyatakan pihaknya akan mengadakan beberapa aktiviti dalam tempoh lawatan ini bagi membolehkan rakyat Britain lebih mengenali angkatan laut China, sekali gus menggalakkan perkembangan hubungan tentera kedua-dua negara, bahkan hubungan dua hala.

Komander pasukan maritim tentera laut Britain, Alex Burton menyatakan bahawa lawatan ini akan membantu merapatkan hubungan persahabatan tentera laut kedua-dua negara.

Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming pula berkata, lawatan armada China kali ini akan membuka lembaran baharu bagi interaksi dan kerjasama ketenteraan China-Britain, membantu hubungan kedua-dua negara merintis zaman keemasan, selain menyumbang kepada pembangunan dunia yang aman dan makmur berkekalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China