Cari:
Rusia: IS Mungkin Bangkit dengan Ancaman Baharu
2017-10-05 15:40:44 CRI Cetak

Selepas mengalami kekalahan di Syria dan Iraq, kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) mungkin akan bergabung kekuatan dengan kumpulan pengganas lain untuk menubuhkan sebuah jaringan keganasan baharu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia, Alexander Bortnikov dalam Sidang Pemimpin Agensi-agensi Risikan ke-16 di Krasnodar, Rusia semalam.

Kata beliau, IS kini menyasarkan kawasan di luar Asia Barat yang dianggap kurang stabil. Dengan mengeksploitasi teknologi maklumat dan komunikasi, IS sedang membina saluran untuk mengawal unit dan individu di seluruh dunia.

IS dikhuatiri sedang menubuhkan satu pasukan penggodam, yang akan menjadi ancaman kepada keselamatan siber sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China