Cari:
Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
2017-10-05 15:59:13 CRI Cetak

Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China untuk tahun depan dan tahun seterusnya masing-masing kepada 6.7% dan 6.3% selepas mengambil kira unjuran pertumbuhan 6.7% pada tahun ini.

Bank Dunia pada April lepas pernah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi China untuk tahun ini dan tahun depan pada kadar 6.5% dan 6.3%.

Menurut laporan separuh tahun Bank Dunia mengenai ekonomi rantau Asia Timur dan Pasifik yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam, pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2018 dan 2019 dijangka lebih lemah berikutan proses pengimbangan semula susulan transformasi ekonomi daripada berlandaskan pelaburan kepada penggunaan domestik.

Bank Dunia dalam laporan sama turut meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara-negara lain di Asia Timur dan Pasifik, memandangkan kadar 6.4% dan 6.2% dapat dicapai tahun ini dan tahun depan dipacu perdagangan global yang kian pulih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China