Cari:
Trump Elak Isu Kawalan Senjata Api
2017-10-05 15:04:20 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam tiba di Las Vegas untuk menyampaikan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka yang terbabit dalam insiden tembakan Ahad lepas.

Ketika diwawancara, Trump menyifatkan penembak, Stephen Paddock sebagai seorang individu yang sakit dan gila. Namun beliau mengelak memberikan respons tentang isu pemilikan senjata api. Menurutnya, ini bukanlah masa yang sesuai untuk membicarakan isu tersebut.

Sebanyak 59 orang maut manakala 527 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di Las Vegas ketika satu konsert terbuka sedang berlangsung berdekatan Hotel Mandalay Bay pada malam 1 Oktober lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China