Cari:
Kapal Nelayan China Karam, 5 Maut
2017-10-06 15:41:41 CRI Cetak

Menurut Konsul General China ke Osaka, Jepun, mayat lima mangsa kapal nelayan "Lu Rong Yuan Yu 378" yang karam di perairan antarabangsa 400 kilometer utara dari Pulau Shimane-ken, telah ditemui.

Sekarang, mayat mangsa telah dihantar ke kapal nelayan China di sekitar lokasi kejadian, dan identiti mangsa akan dikenal pasti kemudian.

Kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pihak Jepun.

Kapal nelayan "Lu Rong Yuan Yu 378" karam selepas berlanggar dengan sebuah kapal tangki minyak Hong Kong di perairan antarabangsa 400 kilometer utara dari Pulau Shimane-ken Jepun awal pagi semalam.

Antara 16 anak kapal, empat diselamatkan oleh kapal nelayan China di sekitar lokasi nahas, manakala yang lain masih hilang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China